4 Jun 2015 - 17:03
Ayatullah Asifi kembali ke Rahmatullah

Ayatullah Asifi kembali ke Rahmatullah pagi Khamis (4 Jun 2015).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Haji Sheikh Muhammad Mahdi Asifi yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Majma' Ahlul Bait (a.s) dan juga wakil Pemimpin Tertinggi Revolusi di Iraq telah meninggal dunia hari pagi kelmarin.

Beliau yang beberapa kali dipindahkan ke beberapa hospital untuk mendapatkan rawatan telah menghembuskan nafas terakhir setelah solat subuh.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat beliau:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Perhatian terutamanya bangsa Iran, ulama yang alim, termasuk hawzah-hawzah ilmiyah di dunia Islam, pada pagi ini, hari Khamis, 14 Khordad 1394 (04 Jun 2015), sahabat lama Imam Khomeisi dan wakil Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran di Najaf, teladan kezuhudan, jihad dan ijtihad, Ayatullah Muhammad mahdi Asifi, telah kembali ke Rahmatullah.

Pejabat al-Marhum Ayatullah Asifi

Jenazah beliau akan diarak di Qom hari ini

Ayatullah Asifi dilahirkan pada tahun 1937 dalam keluarga agamawan yang bertaqwa dan masyhur. Ayah beliau ialah Ayatullah Sheikh Ali Muhammad Burujerdi Asifi yang merupakan ulama dan mujtahij hawzah yang terkenal di zamannya.

Beliau pernah mengajar di Najaf dan Qom dalam berbagai jurusan seperti fikah, ushul, falsafah dan tafsir al-Qur'an samada di dalam bahasa Arab atau Parsi.